PROGRAM
KELAYAKAN
BORANG PERMOHONAN
Insentif Galakan Pengeluaran Akuakultur
  • Warganegara Malaysia
  • Pengusaha Akuakultur
  • Syarikat Malaysia (sekurang-kurangnya 51% ekuitinya dimiliki oleh Warganegara Malaysia)
  • Mempunyai Hak Pemilikan Tapak tanah Atau Perairan Projek Yang Sah
  • Berdaftar Dengan Jabatan Perikanan
  • Mempunyai Rekod Ternakan yang diselia oleh Jabatan Perikanan
  • Mempunyai Akaun Simpanan Bank Agro Malaysia.

*Borang AQP-01/08, AQP-02/08, AQP 03/08, AQI-01/08 diperlukan untuk program ini.
**Borang asal AQI-01/08 perlu diperolehi dari Pejabat Daerah Perikanan yang berdekatan.

Kolam Terbiar

Sistem Yang Layak

    i) Kolam Ternakan Ikan/Udang Air Tawar

   ii) Kolam Ternakan Udang Air Payau

       - Saiz kawasan yang layak adalah
         sebanyak 2.0 hektar

       - Saiz Kolam setiap satu tidak kurang
         dari 0.10 hektar

*Borang AQP-01/08, AQP-02/08 dan AQP 03/08 diperlukan untuk program ini.
Bumi Hijau
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas keutamaan kepada yang telah berkeluarga.

  • Sihat tubuh badan.

  • Masyarakat umum di kawasan taman perumahan di bandar dan pinggir bandar.
  • 30% kepada kakitangan kerajaan terutama yang bertugas di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

  • Berminat, bersedia mengikuti latihan teknikal serta bersedia untuk memakan ikan keli yang diternak.

  • Mempunyai tanah atau tapak yang sesuai sekurang-kurangnya berukuran 120 kaki persegi dan tidak bersalahan dengan mana-mana peraturan pihak Berkuasa Tempatan.
*Borang AQP-01/08 dan AQBH-01/08 diperlukan untuk program ini.
Program Zon Industri Akuakultur & Hatcheri
  • Warga negara Malaysia.
  • Berumur melebihi 18 tahun
  • Pengusaha individu/kelompok/syarikat yang berminat
  • Syarikat berdaftar di Malaysia dan Majoriti saham dimiliki oleh rakyat Malaysia
  • Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang akuakultur
  • Mempunyai tanah/tapak yang sah.
  • Berdaftar dengan jabatan.
  • Terbuka kepada pengusaha hatceri sedia ada
  • Dikehendaki mengamalkan dan meningkatkan kemudahan bagi GHP (Good Hygiene and Practices) dan ‘Biosecurity’
  • Menyediakan dan menyimpan rekod hatceri

*Borang AQP-01/08, AQP-02/08, AQP 04/08 dan AQH 01/08 diperlukan untuk program ini.